Suami Nia Ramadhani bagi amaran jangan cium isterinya


Kehidupan rumah tangga Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie jauh dari sebagai gosip nakal, bahkan pasangan itu kerap berkongsi kebahagiaan di media sosial mereka.

Bukan itu saja, Nia cukup rapat dengan mentuanya dan dilayan seperti menantu kesayangan di kediaman mereka. Bagaimanapun, di sebalik kebahagiaan, Nia mengakui suaminya tidak akan teragak-agak untuk menghalaunya keluar dari rumah.

Hal itu akan terjadi sekiranya Nia melakukan adegan bercium ketika berlakon filem atau sinetron! Nia menceritakan akan perkara terbabit dalam sebuah rancangan YouTube sebelum ini.

Ketika itu Nia bertanyakan soalan kepada Shandy Aulia bagaimanakah penerimaan suaminya sekiranya berlakon adegan bercium dengan Samuel Rizal dalam Eiffel I’m In Love 2.

Jawab Shandy ketika itu, suaminya tidak membantah dan dia sendiri sudah menjelaskan kepada suaminya tentang skrip dan lakon layar. Berbeza dengan Shandy, Nia memberikan jawapan sebaliknya.

“Kalau aku melakukan adegan bercium pasti dikunci di depan rumah. ”Mentua pun tak mahu saya berada di rumah mereka. Aku pasti akan diusir,” katanya.

Nia juga menceritakan reaksi suaminya apabila dimaklumkan mengenai keperluan adegan bercium.

Kata suaminya; “Kurang apa lagi mahu bercium-cium?”

Nia Ramadhani suka pamerkan foto seksi di media sosial

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker