Resepi kuih Batang Buruk asli



Sebaran :

Resepi kuih Batang Buruk asli
Resepi kuih Batang Buruk asli. Siapa peminat batang buruk sini? Ini resepi original la, tak main kulit popia.

Batang buruk kami bukan dari kulit popia. Kulitnya daripada bancuhan tepung gandum, tepung beras dan tepung khas utk bg rangup….3 tepung dlm 1 adunan…semuanya handmade…dan kacang hijau di kisar…disangai…di jemur…di goreng…dimasak utk dptkan kualiti kacang hijau kisar yg terbaik….menggunakan tepung kacang hijau import dari india di campur dgn beberapa bahan dan ramuan lain yg pastinya mengekalkan citarasa asli dan tradisional……sememangnya menjadi batang buruk legend abad ini yg menampilkan rasa pure kacang hijau…

Yang teringin nak buat kita share respi ya



Resepi kuih Batang Buruk asli

Bahan-bahan :

👨🏻‍🍳 500g tepung gandum
👨🏻‍🍳 250g tepung beras
👨🏻‍🍳 2 cawan santan @ 1 biji kelapa
👨🏻‍🍳 500g kacang hijau
👨🏻‍🍳 350g gula (kisar)
👨🏻‍🍳 3 biji telur
👨🏻‍🍳 Minyak untuk menggoreng



Cara penyediaan:

1. Masak santan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan. Ketepikan.

2. Kisar kacang hijau sehingga halus, kemudian campurkan dengan gula. Ketepikan.



3. Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.

4. Canai nipis dan potong ikut saiz 3cm x2cm.

5. Adunan digulung dan sedia untuk digoreng.



6. Masukkan campuran gula serta kacang hijau dan golek dengan rata adunan yang sudah digoreng.

Kredit Resepi : nur izyan via mahn

 

Banyak lagi Resepi disini



Like FB MyKMU disini

Resepi Kuih Loyang Rangup Dengan Tips Istimewa


Sebaran :


Leave a Reply