Johari pertahan lantikan anaknya

Johari pertahan lantikan anaknya

Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataan bahawa anaknya mempunyai pengalaman dan kelayakan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Johari yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu meminta media merujuk kepada kenyataan beliau sebelum ini.

“Rujuk kenyataan saya sebelum ini,” katanya ringkas kepada media dalam majlis temu mesra Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama pengamal media tahun 2023 di Parlimen, hari ini.

Johari pada Jumaat lalu berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anak sulungnya, Mohamad Iqbal sebagai pegawainya.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu turut mengesahkan Mohammed Iqbal menjadi pegawainya sejak 14 tahun lalu.

Malah jelas Johari, elaun dan gaji Mohamed Iqbal dibayar beliau sendiri.

“Kalau saya rasa dia (Mohammed Iqbal) layak dan sesuai, saya akan buat permohonan, buat masa ini dia ditempatkan di sini sebab saya ada di sini,” katanya menurut laporan media sebelum ini.

Sebelum ini, tular dakwaan Johari telah melantik anaknya sendiri untuk bertugas sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Yang di-Pertua Dewan Rakyat 1. MG

Johari pertahan lantikan anaknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker