Selepas 9 tahun, Stacy “peluk” bayang Akim?


Penyanyi Stacy yang dikenali dengan gelaran Ratu Tari Malaysia kini tampil dengan buah tangan terbaru iaitu sebuah lagu berjudul “Peluk”.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam kali terakhir muncul dengan lagu bergenre balada 9 tahun yang lalu, berjudul Pelangi Senja pada tahun 2012, namun selepas itu tampil dengan lagu bergenre rancak sesuai dengan gelarannya.

Percaturan ini mungkin boleh mengulangi kegemilangan lagu balada “Pelangi Senja” dan “Kisah Dongeng” yang dikeluarkan sebelum ini kerana menerusi lagu genre balada ini jugalah yang banyak menguji seterusnya mengangkat reputasi Stacy ke tahap sekarang.

Lagu ciptaan Bunga Cantik iaitu dirinya sendiri dan lirik oleh Hang Nadim (Akim) dan Bunga Cantik yang diterbitkan oleh Nova Music itu adalah karya yang cukup istimewa di mana dia telah memberikan sepenuh jiwa ke dalam lagu ciptaannya itu.

“Selepas sembilan tahun tak keluar lagu balada, Alhamdulillah tahun ini saya melancarkan single Peluk. Kebetulan awal tahun ini pihak Nova Music menawarkan projek rakaman yang memerlukan lagu bergenre balada.

“Bagi saya, lagu Peluk ini sangat istimewa sebab saya cipta dan nyanyikan sendiri, selain bekerjasama dengan Akim sebagai penulis lirik lagu”.
“Sejujurnya, apabila lama tidak menyanyikan lagu bergenre balada, memang gementar dan ia sangat berbeza ketika merakamkan lagu Pelangi Senja yang mana waktu itu saya masih bujang. Tapi, untuk lagu ini mudah saja nak dapatkan penghayatan dan ‘feel’. Dengar saja melodi, tanpa disedari saya menangis. ‘Feel’ itu sangat dekat,” katanya.

“Sesekali bertukar genre apa salahnya kan. Lagi pula projek ini memang menarik. Jadi kenapa tak untuk saya terima. Dalam masa sama, projek ini juga buka ruang kepada saya. Peminat pun sudah lama tunggu dan rindukan lagu balada daripada saya.

“Selain menganggap lagu Peluk ini sesuatu yang istimewa, lagu ini juga memberikan cabaran tersendiri buat saya. Ketika proses rakaman, saya kena faham betul-betul lirik dan melodi. Malah, lirik pun ada pertukaran pada saat akhir. Lagu ini juga antara paling lama dirakam iaitu dalam empat ke lima jam juga. Kebiasaannya dalam dua jam saja,” katanya.

“Ini pertama kali saya dan Akim keluar lagu serentak. Akim pula selepas lima tahun bersama Akim & The Majistret baru muncul dengan single solo, dan saya pula kembali menyanyikan genre balada. Apa yang saya boleh cakap pada peminat, beza dan istimewanya lagu ini kepada saya adalah kerana inilah kali pertama saya menyanyikan lagu balada dengan seluruh ‘feel’.

Lagu “Peluk” dilancarkan serentak dengan single “Bayang” nyanyian suaminya, Akim Ahmad.

“Saya menyanyi dari dalam jiwa. Itu yang membuatkan saya sampai menangis. Tak dinafikan, menyanyikan lagu ciptaan orang lain dengan lagu ciptaan sendiri memberikan ‘feel’ yang berbeza. Saya juga mendapat banyak tunjuk ajar daripada Akim dalam menyelami bidang penulisan lagu.

“Apabila saya mulakan rakaman dan letakkan ‘feel’ dalam lagu ini baru dapat rasa. Pendek kata, lagu ini cukup dekat dengan karakter diri sendiri,” katanya.

Jade Anh Minta Maaf Pada Akim Dan Stacy Berpunca “Atas Kesilapan Komunikasi”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker