Kecoh majlis kahwin artis buat Raja Syahiran berhati-hati pilih tarikh nikah


Melihat bagaimana ada majlis perkahwinan selebriti menjadi kontroversi gara-gara isu pematuhan prosedur standard operasi (SOP) baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Raja Syahiran kini enggan terburu-buru mendirikan rumah tangga.

Kata Raja Syahiran, dia bimbang jika majlisnya nanti berdepan masalah memandangkan ada ramai tetamu terlibat dan pasti sukar untuk mengawal pergerakan setiap orang setiap masa.

“Bagi saya sukar untuk kawal setiap gerak-geri tetamu yang hadir. Macam mana kita tekankan SOP sekalipun, saya khuatir tetap akan timbul masalah nanti.

“Sebelum ini pun ada majlis perkahwinan artis yang jadi kontroversi, jadi seboleh-bolehnya saya nak elak perkara begitu,” katanya.

Bagi pemilik nama penuh Raja Syahiran Raja Azhanrianshah itu, apa paling diinginkannya pada majlis meraikan hari bahagianya itu nanti adalah doa daripada orang ramai dan tetamu yang hadir.

“Kami mahu majlis berlangsung dalam keadaan baik dan tentunya sangat mengharapkan doa daripada sesiapa yang datang hari itu.

“Daripada situasi majlis yang berlaku sebelum ini, ia banyak memberi pengajaran,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran pelancaran Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan masalah utama

Sekitar bulan lalu, Raja Syahiran dispekulasi menghantar rombongan bagi merisik pelakon dan pengacara Uyaina Arshad.

Perkara itu hanya disahkan oleh Uyaina dua bulan selepas dia dirisik keluarga Raja Syahiran.

Pun begitu, hingga kini Raja Syahiran mahupun Uyaina lebih selesa tidak mendedahkan sebarang perancangan secara rasmi berhubung fasa lanjutan mereka.

Ditanya soal itu, penyanyi If I Could Go Back berkenaan hanya memberikan jawapan: “Biarlah saya benar-benar bersedia terlebih dulu memandangkan negara sedang berdepan pandemik Covid-19.”

Katanya, dia lebih mementingkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin itu nanti sama ada berkemampuan atau tidak untuk memenuhi tanggungjawab sebagai suami kepada Uyaina.

“Ada yang mencadangkan supaya saya bernikah terlebih dulu dan kemudian majlis resepsi dilakukan pada waktu lain. Tapi tu bukan masalah utama.

“Dari segi mental sudah tentu saya sudah bersedia, namun dalam bab-bab lain, saya ingin pastikan segala-galanya mencukupi.

“Negara kita masih bergelut dengan Covid-19, hal itu termasuk dalam soal pertimbangan saya sebelum melangkah ke fasa berumah tangga,” katanya.

Noryn Aziz selamat diijabkabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker