Neelofa, Sajat gilakan publisiti murahan?


SAUDARA PENGARANG,

PERCUTIAN selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali PU Riz ke Langkawi yang didakwa menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kehilangan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sehingga sukar dikesan oleh pihak berkuasa hanya sekadar publisiti murahan.

Setiap tindak-tanduk mereka termasuk memuat naik video di laman sosial hanya sekadar meraih jumlah penonton bagi tujuan publisiti atau promosi secara percuma. Oleh kerana itu, Neelofa membuat naik status: “Bertenang semua di luar sana, tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi.”

Jelas daripada kenyataan itu, dia sengaja mewujudkan ‘bahan berita’ yang sudah pastinya mencetuskan kemarahan ramai sehingga mendapat liputan luas dalam kalangan pengamal media.

Begitu juga dengan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat yang sengaja mencabar undang-undang negara dan mempertikaikan cara kerja pihak polis yang sehingga kini gagal mengesan kedudukannya. Tindakan sebegini sengaja dilakukan semata-mata mahu nama mereka sentiasa di bibir peminat dan orang ramai.

Secara tidak langsung pengunjung ke laman sosial mereka akan meningkat. Jumlah penonton untuk video-video mereka akan naik seterusnya membolehkan mereka lebih dikenali dan memperoleh pendapatan lumayan.

Oleh itu, sebagai orang bijak, tidak perlu melayan promosi percuma mereka. Biarkan sahaja sehingga satu tahap apabila orang ramai muak, mereka akan jatuh juga. Utusan

RAKYAT TERSAKITI
Kuala Lumpur

Isu Hot – Sajat Gelek Seksi Tak Hormat Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker