Fizikal dihina, Nadia Brian bagi amaran


Sering dihujani komen negatif tentang paras rupa dan bentuk badan, pelakon Nadia Brian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang masih melakukan perkara sedemikian terhadap dirinya.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, sebenarnya terkejut dan tidak menyangka ada netizen sanggup menulis komen yang sebegitu teruk sehingga mengaibkan dirinya.

Antara komen yang diterimanya seperti memperlekehkan bentuk badan dan aset kewanitaannya.

“Bila baca semua komen tersebut, terus terfikir mengapa mereka tergamak menulis komen seteruk itu dan mereka perlu ingat, negara kita ada undang-undang.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu layan sangat tetapi jika mereka semakin melampau, saya akan buat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

TANGKAP layar paparan keluhan Nadia dalam InstaStorynya semalam.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menasihatkan agar netizen di luar sana menghormati kehidupan orang lain dan berhenti melakukan perkara tidak berfaedah tersebut.

“Kepada yang suka komen artis atau mana mana individu dengan perkataan yang tidak sepatutnya seperti memalukan dan memperlekehkan tubuh badan, berhentilah, tidak bagus sebenarnya.

“Tidak pastilah mereka mahukan perhatian. Insaf dan muhasabah diri, saya tidak minta pun semua komen sebegitu. Lebih baik sebarkan perkara yang elok,” tuturnya lagi.

Semalam, Nadia memuat naik tangkap layar beberapa komen netizen terhadap dirinya dalam InstaStory.

Dalam perkongsian tersebut, dilihat seorang netizen yang meninggalkan komen mempersoalkan bentu badan pelakon drama Rudy Vs Jolie itu.

Terdahulu, pada 5 April lalu, Nadia mengesahkan dia dan suami, Muizz Nasruddin sudah bercerai talak satu. K Online

Nadia Brian cerai – belum habis iddah sudah pergi Shopping

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker