Serina Redzuawan tak kahwin di Siam! -“Saya akui ramai yang hasut dan ‘cucuk’ papa…suka tengok keluarga kami hancur…”


SELEPAS cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan membuat pendedahan mengenai pernikahan anak perempuannya, Serina Redzuawan yang berlangsung di Thailand, kini aktres itu tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Dedah Serina,38, dia menyangkal kenyataan bapanya dan menegaskan bahawa pernikahan mereka dilakukan di dalam Malaysia.

“Saya nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada saya dan suami.

“Lepas papa tulis dia tak tahu kami nikah dan dia kata kami kahwin di Siam, itu adalah tidak benar. Kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.

“Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam. Fikir logik, sempadan pun tutup, mana ada buka,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Sementara itu, menurut Serina,38, tindakan bapanya memuat naik status sedemikian berkemungkinan telah dihasut oleh orang terdekat yang tidak suka melihat kebahagiaan mereka.

” Memang saya akui ramai yang hasut dan ‘cucuk’ papa. Macam suka tengok keluarga kami hancur. Saya sentiasa hormat ayah saya.

“Kami tak ada masalah pun selama ini. Malah, papa sendiri ada muat naik di Instagram dia sebelum ini, dia restu hubungan kami bernikah…benda baik, halalkan hubungan yang dituntut dalam Islam.

“Siap cakap makan-makan di restoran papa saja nanti untuk kenduri jamuan doa selmat.

“Apa pun, saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami. Moga Allah beri orang ini hidayah. Tolong hormat juga keluarga mertua Serina, mereka pun ada perasaan,” ungkapnya.

Dalam pada itu, Serina juga menafikan suaminya yang dikenali sebagai Aidid itu merupakan suami orang.

“Berhentilah buat tudhan serta fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tahu, jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain.

“Secara jujur, papa dah tahu kami nikah…saya dah maklumkan pada papa. Suami pun dah berjumpa dengan papa.

“Saya nak jelaskan juga, suami saya bukan suami orang, tetapi duda. Sebelum kenal saya pun, mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat.

“Jangan menuduh suami saya yang tak benar,” jelasnya.

Serina turut memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik dan tidak menggunakan platform media sosial sebagai medium menyebarkan fitnah. Utv

“Hati Saya Ibarat Dipanah Petir”.. Anak Kau Dah Kahwin Kau Tak Tau? – Cef Wan Tak Tahu Serina Dah Menikah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker