Ratu cantik dimalukan, mahkota dirampas ketika siaran langsung


COLOMBO: Pentas ratu cantik pastinya tidak pernah sunyi dengan ‘drama’.

Itu yang berlaku kepada Pertandingan “Mrs Sri Lanka” yang disiarkan secara langsung di televisyen rasmi negara itu pada Ahad.

Pada mulanya, juri memilih Pushpika De Silva sebagai Mrs Sri Lanka 2020.

Namun, hanya beberapa minit diumumkan pemenang dan dipakaikan mahkota, kemenangan Pushpika dibantah Mrs Sri Lanka 2019, Caroline Jurie yang mendakwa kemenangan wanita itu melanggar peraturan pertandingan.



Pushpika dikatakan sudah bercerai, sedangkan syarat pertandingan mewajibkan pesertanya masih berkahwin.

Susulan itu, Caroline mengambil semula mahkota di kepala Pushpika untuk dianugerahkan kepada naib juara.

Hasil siasatan penganjur pula mendapati Pushpika masih belum bercerai, namun tinggal berasingan dengan suaminya.



Penganjur acara mengemukakan permohonan maaf kepada Pushpika dan berjanji akan mengembalikan mahkota yang dimenanginya pada Selasa.

Selain dimalukan, wanita itu juga dilapor mengalami kecederaan di kepala semasa mahkotanya ditarik dengan kasar di atas pentas.

Susulan itu, polis melakukan siasatan ke atas Caroline atas perbuatannya membuat tuduhan terhadap Pushpika.

It was a dramatic end to the Mrs Sri Lanka 2021 pageant when the winner Pushpika De Silva was unceremoniously stripped of her crown.



The deed was carried out by last year’s winner Caroline Jurie who duly placed the coveted crown on the first runner-up’s head.

[VIDEO] Pertandingan Ratu Cantik Lembu Jadi Tarikan Umum..Cute Pulak Tengok.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker