Dakwaan langgar SOP: “Beri saya ruang selesai secara profesional” – Neelofa


SELEBRITI terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan secara profesional mengenai dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan dan menyalahguna kebenaran rentas negeri ketika ke Pulau Langkawi.

Usahawan yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail tersebut berkata dia akan menyelesaikan isu tersebut dengan pihak polis secara tertutup tanpa tekanan daripada mana-mana pihak luar.

“Berikan saya ruang untuk selesaikan isu ini secara tertutup dan profesional dengan pihak berkaitan.

“Biar saya selesaikan secara tenang tanpa melibatkan tekanan daripada mana-mana pihak.

“Kalau ada tindakan atau tiada tindakan (daripada pihak polis), saya akan selesaikan sendiri, ” katanya seperti yang dilaporkan portal mStar.

BERITA BERKAITAN “Gambar macam aktiviti santai saja”, IGP sahkan Neelofa disiasat

Neelofa, 32, ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Fipper dan aplikasi The Noor yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Neelofa berkata tiada keperluan untuknya mendedahkan segala perancangan melibatkan kerjanya kepada umum.

“Saya rasa tidak semua perkara saya perlu berkongsi kepada netizen (berkaitan kerja).

“Saya tidak mahu bercakap lebih kerana enggan memudaratkan keadaan, ” ujarnya lagi.

Ahad lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak polis akan memanggil Neelofa dan suami, Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran SOP ketika mereka berada di Pulau Langkawi.

Menurut Abdul Hamid, berdasarkan video dan foto yang dikongsikan di media sosial pasangan itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pasangan pengantin baharu itu berbulan madu di Langkawi.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral, ” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan Riz, 26, terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal.

Ketika di sana, kedua-dua pasangan itu memuat naik gambar mereka berdua seolah-olah sedang mengadakan aktiviti bersantai.

Neelofa dan PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Utv

Jangan MeLangkawi Batas..”- Perang Dingin Chatime Dan Tealive Kembali ‘On’ Sebab Neelofa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker