‘Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant’ – Elly Mazlein sahkan dirinya hamil


KUALA LUMPUR: Selepas timbul spekulasi mengenai kehamilannya, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mengesahkan dirinya kini dirinya berbadan dua.

Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya, pada Isnin malam.

“Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant.

“Syukur.. Insya-Allah tidak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atuk akan dapat seorang cucu lagi. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja (anak sulungnya) akan dapat adik.

“Manja (Putri Sara Sefhia) mahu adik perempuan. Tetapi bagi kami, apa pun jantinanya, kami tak kisah, asalkan bayi itu sihat dan dipermudahkan,” ujarnya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker