Usia cecah 50 tahun, Nasha Aziz kekal ‘meletup’


MINGGU ini, nama aktres jelita Nasha Aziz kembali menjadi bualan peminat.

Tetapi bukan sebab kontroversi sebaliknya gara-gara foto tular yang memaparkan wajahnya disolek cantik oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.

Difahamkan, Nasha merupakan wajah untuk koleksi hari raya pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Susulan fotonya tular, ramai yang tidak menyangka pelakon dan model itu akan mencecah usia 50 tahun tidak lama lagi.

“Seriuslah usia macam golongan mak-mak tetapi masih kekal jelita persis anak dara!” tulis seorang netizen.

Diva pun turut terkesima melihat kejelitaan Nasha. Langsung tidak dimamah usia wajahnya. Sangat cantik dan muda!

Mungkin nanti Nasha boleh kongsi tips untuk kekal jelita kepada netizen? Sebab ramai yang tak ‘senang duduk’ tengok Nasha macam anak dara.

Jika dilihat pada penampilan terbaru Nasha, memang nampak lain dari yang lain. Tampak lebih muda dan makin hot! Pasti ramai ingin tahu apakah rahsia kecantikan Nasha kan?


Selain Nasha, pelakon Maria Farida juga masih kekal jelita meskipun sudah berusia 52 tahun!

Bagai tidak berganjak selangkah pun usia pelakon senior yang seorang ini sehingga wujud metafora ramai bahawa dia adalah seorang wanita yang sentiasa terperangkap dalam angka 20-an. Walhal, usia sebenarnya sudah menjengah angka 52.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Uqasha Senrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker