Siti Nurhaliza ‘basuh’ peminat, jangan suka buat perbandingan


PENYANYI terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat teguran terbuka kepada kelompok peminatnya yang dikenali sebagai Siti Zoners supaya tidak membandingkannya dengan selebriti lain.

Teguran Siti itu dibuat dalam satu ciapannya di akaun Twitter miliknya dipercayai berkenaan dengan imej selebriti tersebut.

“Assalammualaikum.. Sekali sekala perlu saya ingatkan Sitizoners yang saya sayangi dan juga yang menyamar disebalik nama sitizoners.

“Rasanya tak perlu untuk banding bandingkan cara saya bekerja dalam dunia hiburan dan perniagaan sangatlah berbeza, pasukan berbeza,” katanya



Menurut Siti, dia bersyukur kerana pasukan Siti Nurhaliza Productions (SNP) masih bertahan sampai sekarang dengan cara dan strategi mereka.

Malah, dia juga berharap supaya peminat dan mereka yang menyamar di sebalik nama Siti Zoners supaya tidak menjatuhkan dan memperlekehkan kerja-kerja insan yang bertungkus lumus menjaga reputasi dengan kerjayanya.

“Keputusan akhir semua ditangan saya dalam setiap kerja yang dibuat.

“Terima kasih bagi yang sentiasa memahami. Yang baik dari Allah dan yang buruk daripada kita sendiri,” katanya.



Terdahulu, tular di laman sosial komen berkenaan dengan penampilan Siti yang dianggap tidak sesuai statusnya sebagai penyanyi nombor satu negara. SM

Siti Nurhaliza, suami mula tanam ilmu berniaga pada Aafiyah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker