Pengikut ajaran Hakekok mandi bogel lelaki dan wanita


JAKARTA – Polis menahan 16 pengikut ajaran sesat dikenali sebagai Hakekok Balakasuta yang didapati melakukan ritual mandi bogel beramai-ramai lelaki dan wanita di Banten, Indonesia pada Khamis lalu, lapor portal berita Kompas.com semalam.

Timbalan Ketua Polis Pandeglang, Pesuruhjaya Polis Riky Crisma Wardana berkata, upacara di tengah ladang kelapa sawit di Kampung Karangbolong, Daerah Pandeglang itu turut melibatkan kanak-kanak.

“Mereka terdiri daripada lima wanita serta lapan lelaki dewasa termasuk tiga kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pesuruhajaya Kanan Polis Pandeglang, Hamam Wahyudi berkata, serbuan di rumah ketua kumpulan ajaran sesat itu kelmarin menemui barangan mencurigakan seperti azimat dan kondom.



Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pandeglang, Hamdi Ma’ani berkata, pemimpin ajaran itu yang dikenali sebagai Arya, 52, mendedahkan bahawa ritual tersebut adalah proses mensucikan diri kerana telah lama mereka ingin menjadi kaya, namun tidak berhasil.

“Menurut Arya, ajaran Hakekok menyokong Imam Mahadi dan dijanjikan kekayaan namun ia tidak menjadi kenyataan.

“Selepas melakukan rajaban (tradisi memperingati Israk Mikraj) mereka mengambil keputusan menyucikan diri,” jelas Hamdi.

Katanya, Arya sudah mengakui kesilapan serta mahu bertaubat dan hasrat itu disampaikan ketika mereka bertemu di Balai Polis Pandeglang.



“Dia berasa bersalah dan sedia dibimbing,” katanya.

Hamdi berkata, ajaran sesat telah lama wujud di kampung terbabit dan penganutnya pernah ditangani MUI Cigeulis dan tokoh masyarakat setempat.

“Sekarang muncul lagi di luar pengetahuan kami,” ujarnya.Ketua Daerah Pandeglang, Irna Narulita menyifatkan ajaran sesat itu bertentangan dengan imej daerah sebagai tempat ­pengajian Islam. – Agensi

Rakam gambar bogel sebelum rogol kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker