Raja Alicia Amin seronok mabuk bersama suami? — MYKMU.NET

Raja Alicia Amin seronok mabuk bersama suami?



Sebaran :


ADA pepatah berbunyi, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.

Buat seorang wanita yang baru berusia 26 tahun ini, dia percaya dirinya berada di posisi yang benar walaupun acap kali berdepan kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju dengan perlakuannya.

Pemilik nama lengkap, Raja Alicia Raja Amin atau nama pentasnya Alicia Amin itu dihentam kiri, kanan, depan dan belakang membabitkan beberapa siri kontroversi.



Antaranya memiliki tatu di bahagian badan, membela anjing sebagai haiwan peliharaan dan sering berpenampilan mencolok mata kendatipun sudah mendirikan rumah tangga.

Terbaharu menerusi Twitter, bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu membuat pengakuan, dia masih meneguk minuman beralkohol!

Arak



Tulis Alicia juga, dia berasa selamat kerana boleh berada dalam keadaan mabuk dengan kehadiran suami yang akan melindunginya jika berlaku sesuatu tidak diingini.

“Mabuk dengan suami di sisi seronok. Tak tahu macam mana saya boleh mabuk tanpa seorang suami selama ini.

“Saya tidak pernah dan tidak akan pernah berpura-pura tak minum. Buat apa yang anda ingin buat dengan informasi tersebut,” ciapnya menerusi Twitter.



Liberalisasi dirinya sebagai seorang wanita Muslim dikatakan keterlaluan untuk masyarakat negara ini dan tidak sesuai untuk dijadikan ikon, terutama buat generasi kini.

Jika ada remaja yang menjadikan fesyen sebagai hala tuju, pengaruh media sosial khususnya buat pemuja Alicia sangat kuat.

Berpeluang menemuinya usai tayangan perdana filem lakonannya, Salina di ibu negara baru-baru ini, wanita kelahiran Johor itu tidak menafikan sering dihimpit kontroversi.



Katanya, masyarakat suka memberi perhatian kepada perkara bersifat dangkal.

“Orang suka beri perhatian kepada perkara bodoh,” katanya ringkas saat ditebak tentang pendirian saat dihujani kecaman umum.

Tambahnya lagi, ada banyak perkara lain dalam dunia yang memerlukan perhatian berbanding kecenderungan tersebut dibazirkan kepadanya.



“Saya bukanlah nak cakap bakat saya terlalu hebat yang perhatian semua harus ditumpukan kepada saya tetapi ada benda lain dalam dunia yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Saya tak faham mengapa orang suka beri perhatian kepada benda yang tak penting. Malaysia ada ramai orang berbakat tetapi hanya kerana mereka ‘pelik’ sedikit dan tak fit in the box (berbeza), peluang untuk mereka menyerlah tertutup begitu sahaja.

“Termasuklah dalam industri muzik atau filem. Jika orang tak suka tengok benda yang tak biasa mereka sampaikan mereka tiada peluang langsung untuk menonjol,” getus graduan Universiti RMIT, Melbourne dalam bidang Psikologi dan Kerja Sosial tersebut.

Tak ‘besarkan’ kritikan

Berhubung penampilan dan pemakaian yang dikatakan sering mencolok mata, Alicia yang baru mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor bernama Farzan Iqbal Februari lalu, bertegas, dia tahu apa yang dilakukannya dalam kehidupan. Dia juga sudah tidak mempunyai kudrat untuk melayan kritikan ramai.

“Selagi saya tak sakitkan orang dan tak mendatangkan bahaya kepada mereka, tak payahlah nak tutup peluang saya hanya kerana jadi diri sendiri.

“Saya rasa benda itu mengarut. Dahulu masa muda saya suka ‘layan’ kritikan orang, sekarang saya ambil pendekatan biarlah semua itu berlalu.

“Saya tak rasa diri kebal pun sampai tak endahkan nasihat orang, tetapi kalau orang boleh yakinkan saya cara hidup atau apa yang saya jalani memudaratkan, saya akan duduk dan berfikir untuk ubah apa yang salah,” katanya.

Melakonkan watak Marina dalam filem Salina, Alicia berpuas hati dengan penglibatan debut perfilemannya walaupun sekadar menjayakan watak kecil.

Pada masa sama, Alicia cukup sedar berkerjaya sebagai figura yang dikenali, kritikan dan kecaman ialah makanan lazim yang harus ditelan.

“Inilah dunia. Setiap orang bebas untuk punya pendapat dan saya tak paksa sesiapa pun berfikir tentang saya. Pada masa sama, saya sedar inilah lumrah jadi orang dikenali, apa sahaja kita buat akan jadi buah mulut orang,” ujarnya.

Anak

Diajak berbicara tentang peranan baharunya yang masih berstatus ‘hijau’ sebagai isteri, Alicia mengakui dia kini menjadi wanita paling bahagia dalam dunia.

“Satu perkara seronok tentang saya dan suami, saya tak perlu ubah apa-apa untuknya. Energi serupa juga datang daripada dirinya.

“Kami sangat jujur dengan diri masing-masing. Dia ‘masuk air’ dan saya pun begitu. Senang cerita, kami melengkapi satu sama lain. Berada di samping suami adalah tempat paling ‘best’ dalam dunia sekarang,” dedahnya.

Bahagia mendepani kehidupan sebagai seorang isteri, Alicia berkata, dalam hubungan rumah tangga akan ada pasang dan surutnya. Dia bersedia dengan segala kemungkinan jika perkahwinannya tidak sebahagia sekarang pada masa hadapan.
Benar kata Alicia, dia tanpa kekok menuturkan semua hal sambil ditemani suami yang turut hadir pada tayangan perdana filem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddim tempoh hari.

Bergelar isteri kepada seorang doktor, Alicia berkata, dia sudah faham dengan budaya kerja profesion dunia perubatan kerana bapanya juga seorang doktor.

“Bapa saya seorang doktor pakar. Saya tahu jadual kerja seorang doktor macam mana. Jadi, saya tiada masalah kalau suami saya tidak selalu ada di rumah kerana saya faham tugas seorang doktor memang menyelamatkan seberapa banyak nyawa.

“Kebanyakan masa, dia balik rumah lewat malam saya pun sudah tidur. Kalau tanya pasal anak, buat masa sekarang sejujurnya, saya belum bersedia.

“Mungkin nanti dia (suami) sudah jadi doktor pakar mungkin kami akan fikirkan lebih serius tenang perihal itu,” katanya menggulung bicara. K Online

Kecam & Ugut Bunuh Encik Sajat – Alicia Amin Tampil Membantah


Sebaran :


Leave a Reply