Saya rasa paling kecewa dengan Nonny – Mila Jirin


KUALA LUMPUR- Penyanyi, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sahabat baiknya, Nonny Nadirah di media sosial.

Kekecewaan tersebut diluahkan di Instagram miliknya selepas hantaran terkini Nonny yang tampil lebih seksi sehingga mengejutkan ramai pihak.

“Punya ramai komen maki hamun aku sebab aku tegur kau secara terbuka.. Sampai aku terpaksa off komen sebab aku pulak yang stress.

“Aku tak bodoh nak tegur tanpa betul-betul lakukan apa yang perlu dilakukan sebagai sahabat! Sebelum aku cakap secara public. Ada sebab aku loud!! Aku tak perlukan publisiti pun seperti mana orang dok kutuk aku..” luahnya penuh emosi.

Menurut Mila, sebelum ini dia terpaksa berhadapan dengan maki hamun orang lain semata-mata untuk melindungi sahabatnya itu.

Terangnya, ketika ini dia merupakan antara individu yang paling kecewa dengan apa yang dilakukan Nonny.

“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan aku dapat beritahu pada satu dunia yang kau tu anak yang baik! Sahabat yang baik!

“Hari ini aku antara yang sangat frust! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang pelakon!Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau sahabat,” luahnya. MG

Ingat IG Kena Godam…Mila Jirin Sedih, Wanita Seksi Itu Nonny Nadirah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker