Ramai Puji Kecantikan Wajah Adik PU Riz


Buat pertama kalinya, Shakira Ismail Norbat iaitu adik kepada pendakwah selebriti yang namanya kini menjadi sebutan hangat, PU Riz telah kongsikan foto mereka bersama ketika majlis perkahwinan yang diadakan pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Shakira tidak pernah kongsikan foto beliau bersama dengan ahli kelurga yang lain, lebih-lebih lagi bersama abangnya itu.

Namun kali ini, secara terbuka Shakira telah memuat naik foto mereka bersama di atas pelamin yang serba putih itu.

Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya di laman Instagram turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis tersebut.

Lebih melucukan apabila caption yang ditulis oleh Shakira itu turut menjadi tanda tanya adakah ‘baby‘ yang dimaksudkan itu merujuk kepada PU Riz atau dirinya?

Boleh jadi PU Riz seorang yang manja bersama dengan ahli keluarganya sehingga membuatkan Shakira meletakkan caption seperti itu.

Apa pun, tak sabar juga rasanya nak tengok banyak lagi foto PU Riz bersama keluarganya ketika majlis perkahwinan beliau.

Sumber foto: Instagram Shakira Ismail Norbat

Pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker