Kamal dan Uqasha dedah lokasi pernikahan


BAKAL mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose memberitahu akan mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bersejarah mereka itu nanti.

Pun begitu, Kamal dan Uqasha enggan berkongsi tarikh sebenar mereka akan diijabkabulkan namun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.

Menurut Uqasha,29, persiapan ke arah hari bahagia mereka kini sudah menghampiri 80 peratus selesai menjelang majlis perkahwinan mereka.

Kata pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu lagi, majlis pertama dikhaskan untuk keluarga, teman rapat serta pihak media. Manakala bagi acara kedua pula, ia terdiri daripada jemputan dalam kalangan rakan artis dan majlis ketiga pula diadakan buat peminat masing-masing.



Persiapan majlis sudah siap 80 peratus. Kami mengharapkan semua mendoakan yang baik-baik buat kami agar segala perancangan dipermudahkan.

“Sebaik sahaja penggambaran drama Rindu Awak Separuh Nyawa selesai, saya akan beri fokus pada perniagaan dan kemudian barulh saya tumpu kepada majlis perkahwinan.

“Kami harap perancangan untuk bernikah di pusat peranginan tanah tinggi dipermudahkan dan kes pandemik Covid-19 ketika itu semakin baik dan kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri.

“Malah, majlis kami itu nanti akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan. Lokasi untuk majlis resepsi pun memang terhad dan tidak akan melebihi syarat SOP yang dibenarkan,” katanya kepada URTV.



Uqasha dan Kamal ditemui usai bersiaran langsung program MeleTOP di Astro, Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu, Kamal meluahkan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab besar sekaligus bergelar suami kepada Uqasha.

“Sejujurnya, saya memang teruja dan bersedia untuk bergelar suami. Pada masa sama, saya pun kena banyak belajar dalam memikul tanggungjawab besar ini.

“Tentang persiapan perkahwinan, saya ikutkan sahaja apa yang diaturkan oleh Uqasha sebab dia ada ‘dream wedding’ sendiri.



“Insya-Allah apabila majlis sudah dekat, kami akan beritahu tarikh pernikahan serta tema majlis itu nanti.

“Saya harapkan anda semua mendokan yang terbaik buat kami dan segala urusan untuk menujuk ke gerbang perkahwinan dipermudahkan kelak,” ujarnya.

Sebelum ini, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) pada Disember tahun lalu. Utv



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker