MK K-Clique bawa lari duit ‘job’? Ini penjelasannya


AHLI kumpulan K-Clique iaitu MK melahirkan rasa kesal terhadap tindakan bekas pembantu peribadinya (PA) yang mengkhianatinya dengan membawa lari wang ringgit tanpa pengetahuannya.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan,25, mendedahkan bekas PA itu yang dikenali sebagai Mohd. Hazeeq atau Kojek telah menerima tawaran kerja atas nama penyanyi itu.

Enggan namanya terus terpalit dengan fitnah tersebut, MK tampil membuat pernohonan maaf bagi menjernihkan keadaan sekaligus membersihkan namanya.

“Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan semua pihak yang terlibat. Saya baru dapat tahu isu tentang bekas PA saya yang ambil kerja di belakang saya.

“Isu ini dari tahun lalu. Untuk pihak yang terlibat dan yang telah diambil duitnya boleh hubungi nombor berkenaan untuk kita selesaikan.

“Sudahlah sebarkan fitnah yang saya bawa lari duit anda. Unutk sahabat yang saya percaya, Mohd. Hazeeq @ Kojek, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi pemerhatian URTV, status di Instagram tersebut telah disunting dan MK memberitahu isu tersebut telah mendapat kerjasama oleh individu terbabit.

“Assalamualaikum, sekali lagi saya minta maaf. Terlalu banyak pihak yang tak sepatutnya terlibat tetapi telah pun terlibat.

“Jadi kes ini antara saya dan Kojek. Kerjasama sepenuhnya telah diberikan. Alhamdulillah kami selesaikan kes ini antara kami. Terima kasih banyak,” ujarnya. Utv

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker