Iqram Dinzly beri petanda sudah berhenti dunia seni


PELAKON, Iqram Dinzly menerusi satu status di akaun Instagram miliknya memberitahu yang dia tidak lagi mahu terlibat dalam bidang seni.

Menurut pelakon tersebut yang menamakan dirinya kini sebagai I Q Dinzly, dia menyifatkan dirinya dalam bidang seni sudah pun tiada.

“Saya I Q Dinzly , mewakili Almarhum mengucapkan bebanyak terima kasih atas sokongan kalian terhadap beliau sepanjang kariernya sebagai selebriti.

“Mohon agar segala fitnah mahupun gosip-gosip liar tentang Almarhum diberhentikan serta merta terutamanya dikalangan produksi dan wartawan yang suka mencetuskan penulisan berbaur fitnah supaya roh Almarhum tenang bersemadi bebas ke sana ke sini.

“Kepada peminat-peminat Almarhum yang dikasihi, fidyahkan Al-Fatihah sekiranya kalian rindu pada Almarhum yang takkan kembali lagi.

“Tontonilah drama drama yang repeat di tv mahupun carilah di YouTube nanti. Maafkan segala khilaf Almarhum dan berhenti berharap yang tak pasti, usahlah ditangisi pemergian #matinyacelebritysepi.

“Namun kami sedang fikirkan untuk mengadakan sebuah program khas tribute buat Almarhum Iqram Dinzly , sebagai menghargai peminat2 yang Almarhum amat peduli. Maaf sekali lagi,” katanya.

Iqram merupakan seorang pelakon yang mula dikenali pada 2007 menerusi filem 1957: Hati Malaya.

Namun, sejak akhir-akhir ini nama Iqram mula disebut kerana sikapnya yang dikatakan seperti pelik terutamanya ketika memuat naik video di laman sosial. SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker