Uqasha, Kamal saling merindu


Ketika ramai yang sibuk dengan berita majlis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail, pasti ramai yang tak perasan gelagat romantis Uqasha dan Kamal.

Terbaharu, pasangan sejoli itu meluahkan rasa rindu antara satu sama lain menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Kamal dalam Instagram.

“Kita rindu kat Uqasha Senrose la. Agak-agak dia rindu kita tak?” tulis Kamal.

Tidak lama kemudian, Uqasha menyambut salam kerinduan tersebut dengan meninggalkan komen romantis.

“Haih, dia tak tahu kita rindu dia macam mana pula,” komen si cantik itu.

Fuh, bersemut skrin telefon bimbit Diva melihat gelagat pasangan kekasih sama cantik sama popular itu.

Selepas Neelofa dan Ernie Zakri selamat bergelar isteri orang, mungkin hari bahagia Kamal dan Uqasha pula bakal menjadi bualan hangat netizen.

Tak sabar pula nak lihat mereka bersanding di atas pelamin indah. K Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker