Perang Tweet’ Dengan Izara Aishah, Sharifah Rose Tampil Beri Penjelasan,-“Kamu Semua Yang Panaskan Cerita..” — MYKMU.NET

Perang Tweet’ Dengan Izara Aishah, Sharifah Rose Tampil Beri Penjelasan,-“Kamu Semua Yang Panaskan Cerita..”



Sebaran :


Didakwa netizen saling berperang twit di media sosial Twitter, personaliti media sosial Sharifah Rose tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai hubungannya kini dengan pelakon Izara Aishah.

Terdahulu, isu ‘perang twit’ itu timbul apabila Izara ada mempertikaikan pihak stesen televisyen yang lebih gemar memilih Instafamous sebagai pelakon disebabkan faktor tertentu seperti bayaran yang lebih murah namun tiada bakat menarik ditonjolkan pelakon baru ini.

Namun, ciapan Izara itu telah menimbulkan spekulasi di mana ada yang mengatakan ianya ditujukan khas buat Sharifah Rose yang kini terlibat dalam satu penggambaran drama.



Sharifah Rose dahulunya pernah dilaporkan bercinta dengan adik kepada Adib Khalid yang merupakan suami Izara iaitu Aazief Khalid namun putus di tengah jalan.

Sehubungan dengan itu, untuk mengelakkan spekulasi dan cerita-cerita tidak benar timbul, Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sabrina Syed Mohd Mazfira,23, berkata bahawa dia sudah pun menghubungi Izara bagi menjelaskan salah faham yang berlaku.

“Terdapat salah faham terhadap keseluruhan situasi. Saya sendiri sudah bercakap secara peribadi dengan kak Izara Aishah dan kami berdua dah pun selesaikan isu ini. Memang tiada apa-apa isu melibatkan kami berdua atau ada kisah sensasi yang perlu dikongsikan. Kamu semua sengaja melebih-lebihkan cerita sehingga ianya menjadi panas.”



Izara sebelum ini menafikan ciapannya mengenai isu Instafamous tersebut ditujukan khas buat Sharifah Rose.

Malah, ibu kepada Irisa Alaia ini turut mengalu-alukan kehadiran pelakon baru dan model itu dalam industri seni lakonan tempatan.

“Tolong menyinar dan jadi salah seorang anak seni yang mengangkat nama industri..” ujarnya dalam sebuah twit ditujukan buat Sharifah Rose.



Siti Nurhaliza tidak tahu akaun IG disekat Aishah


Sebaran :


Leave a Reply