Hari Lahir Ke-48 Tahun, Rozita Che Wan Sambut Dengan Kuliah Dhuha Bersama Ustaz Syamsul Debat — MYKMU.NET

Hari Lahir Ke-48 Tahun, Rozita Che Wan Sambut Dengan Kuliah Dhuha Bersama Ustaz Syamsul Debat



Sebaran :


Tidak pernah gagal untuk menyambut hari kelahiran dengan penuh ekstravaganza pada setiap tahun, pelakon Rozita Che Wan khabarnya telah meraikan hari jadinya yang ke-48 dengan mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah dhuha, baru-baru ini.

Tampil berbeza pada tahun ini, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu telah mengadakan majlis keagamaan itu di premis acara Aman House di Ibu Kota dengan menjemput pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat.

Perkara tersebut dikongsikan Rozita menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat.



“Perancangan awal nak jemput Ustaz Syamsul pada sebelah malam, tapi kerana jadualnya padat, sempat sebelah pagi saja dan petang pula dia ada kerja di Ipoh, Perak. Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah, dia juga pernah menjemput saya dalam siri perkongsian ilmu yang dianjurkannya.”

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini dalam pada itu berkata bahawa dia amat menyenangi cara Ustaz Syamsul berkongsi ilmu dan nasihat.

Ditanyakan lanjut mengenai sambutan hari lahirnya kali ini, Che Ta memberitahu bahawa dia dan keluarga turut mengadakan majlis yang bertemakan hitam putih yang mewajibkan lelaki untuk memakai sut dan wanita memakai busana gaun.



Namun, ketidakhadiran suami tersayang, Zain Saidin turut mengundang tanda tanya peminat apabila tiada gambar pelakon lelaki itu sepanjang sambutan tersebut diadakan.

“Memang kawan saya pun pelik kenapa suami tak ada. Sampai ada yang ingat kami ada apa-apa ke? Zain sebenarnya terbabit penggambaran drama untuk Awesome TV. Memang tak boleh nak buat apa.”

Kini semakin menghampiri usia 50 tahun, Che Ta berkata dia hanya berharapkan agar terus diberi kudrat dan dimurahkan rezeki sentiasa serta kekal bahagia bersama keluarga tercinta.



Perkembangan lain, pelakon wanita ini khabarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Dia Isteriku untuk siaran TV Alhijrah.

Manakala pada hujung bulan ini, Che Ta bakal berkampung di Perlis kerana terlibat dalam penggambaran drama 13 episod berjudul Ayahanda terbitan Zeel Production.

[VIDEO] Ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Menangis. Rupanya Ini Yang Dia Lakukan


Sebaran :


Leave a Reply