MK Bakal Berlakon Dengan Mira Filzah, Tapi Nama Nabila Razali Pula Yg Kena Petik


Wow, siapa sangka tak lama lagi penyanyi kegemaran ramai iaitu MK K-Clique bakal bergelar pelakon dan turut akan digandingkan bersama dengan heroin pujaan ramai iaitu Mira Filzah!

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang yang menjanjikan bahawa drama tersebut bukan lah drama cliche.

Ini merupakan projek pertama buat MK dalam dunia lakonan dan disebabkan itu ramai peminatnya berasa sangat teruja.



Dalam masa yang sama, ruangan komen foto tersebut yang dimuat naik oleh Michael menyaksikan ramai pengikutnya menginginkan MK digandingkan bersama dengan Nabila Razali.

Sebelum ini, MK dan Nabila pernah digandingkan dalam Music Video lagu Peluang Kedua dan daripada situ ramai yang sukakan lakonan mereka di dalam MV tersebut.



Sebenarnya dah lama juga kan tak tengok Nabila berlakon, kali terakhir tengok Nabila jadi heroin ialah untuk drama Kebaya Kasut Kanvas.

Mungkin lepas ni mana-mana pengarah atau penerbit boleh gandingkan Nabila dengan MK?

Apa pun, good luck kepada MK yang kini sudah bergelar pelakon!



[VIDEO] Muat Naik Video Tiktok – Netizen ‘Tarbiah’ Mk K-Clique Pakai Gelang & Cincin Emas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker