Perubahan pesat sosial di Arab Saudi

SEORANG wanita, Asma tidak pernah terfikir bahawa dia boleh menghabiskan masa di tepi laut bersama dengan teman lelakinya di negara berfahaman amat konservatif di Arab Saudi.

Namun kini, wanita berusia 32 tahun itu boleh menari dengan teman lelakinya di pantai di Laut Merah mengikut alunan muzik yang bergema dari pembesar suara.

Ia merupakan tanda-tanda bahawa perubahan kecil sedang berlaku di negara beraja itu.

Gambaran itu juga menunjukkan bahawa struktur sosial yang ketat di Arab Saudi cuba dilonggarkan ketika negara berkenaan menuji ke atah modenisasi.

Ini adalah kerana muzik telah diharamkan di Arab Saudi sehingga tahun 2017.

Sebelum tahun 2017, polis agama menguatkuasakan larangan ke atas muzik namun wanita kemudian dibenarkan memandu kereta setahun kemudian.

Dengan hanya membayar sebanyak 300 riyal (RM332.55) setiap seorang, Asma dan teman lelakinya itu boleh memasuki Pantai Pure dekat Jeddah untuk mendengar muzik, menari dan mengunjungi sebuah taman air terbesar di dunia.

Perubahan pesat sosial di Arab Saudi Pantai Pure yang terletak dekat Jeddah merupakan taman air terbesar di dunia. - Foto AFP
Perubahan pesat sosial di Arab Saudi Pantai Pure yang terletak dekat Jeddah merupakan taman air terbesar di dunia. – Foto AFP

 

“Saya berasa gembira dapat datang ke sebuah pantai berhampiran,” katanya kepada AFP sambil memakai pakianh mandi yang berwarana biru.

“Ini adalah cita-cita kami untuk datang ke sini dan menghabiskan hujung minggu yang indah,” tambahnya.

Selain berenang, terdapat juga pengunjung yang menghisap shisha.

PEMBUKAAN SEKTOR PELANCONGAN

Ketika matahari terbenam, ahli-ahli yang membuat persembahan, menari mengikut muzik Barat di atas pentas ketika satu pasangan dilihat berpelukan.

Di kebanyakan negara, ia mungkin bukan merupakan pemandangan biasa tetapi situasi itu telah mengubah keadaan di Arab Saudi yang juga menempatkan dua buah masjid paling suci untuk umat Islam.

Pantai Pure itu terletak di Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah iaitu kira-kira 125 kilometer ke utara pusat Jeddah.

“Saya dibesarkan di sini dan beberapa tahun lalu, kami tidak dibenarkan untuk mendengar muzik,” kata seorang lelaki Mesir, Hadeel Omar.

Negara itu kini mengalami perubahan sejak Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman dilantik memegang jawatan itu pada tahun 2017 oleh ayahandanya yang juga Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulziz Al-Saud.

Arab Saudi kini mengalami perubahan sosial yang pesat sejak Putera Mohammed menjadi Puteta Mahkota pada tahun 2017. - Foto AFP
Arab Saudi kini mengalami perubahan sosial yang pesat sejak Putera Mohammed menjadi Puteta Mahkota pada tahun 2017. – Foto AFP

 

Putera Mohammed yang juga dikenali dengan nama panggilan MBS turut melancarkan operasi memerangi para penentang, menangkap para aktivis hak asasi wanita, ulama dan wartawan.

Satu laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) menuduh putera itu membenarkan seorang wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dibunuh dengan kejam pada tahun 2018 di Pejabat Konsulat negara itu di Istanbul, Turki.

Bagaimanapun, Putera Mahkota itu dilaporkan menafikan beliau terlibat dalam pembunuhan Jamal yang juga merupakan kolumnis akhbar Washington Post.

Walaupun begitu, perubahan sosial yang berlaku di Arab Saudi itu didorong oleh kepelbagaian sektor ekonominya termasuk dalam bidang pelancongan dan domestik.

Hanya pengembara perniagaan dan umat Islam yang mahu mengerjakan umrah dan haji dibenarkan datang ke negara tersebut sehingga tahun 2019 apabila negara berkenaan menawarkan pula visa pelancongan kepada para pelawat Arab Saudi.

Ketua Aturcara di Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah, Bilal Saudi berkata, Pantai Pure menyasarkan para pelancong tempatan dan asing.

“Saya berasa saya tidak lagi mempunyai masa untuk mengembara ke luar negara kerana di sini semuanya ada,” kata seorang ahli perniagaan wanita Arab Saudi yang mahu dikenali sebagai Dima.

Kakitangan-kakitangan di pantai tersebut menyatakan mereka tidak tahu sama ada para pengunjung yang datang itu sudah berkahwin atau belum.

Demi menjaga hak-hak peribadi, kata kakitangan tersebut, telefon bimbit terpaksa diambil dan disimpan di dalam beg plastik.

Pasangan asing yang masih belum berkahwin dibenarkan untuk tidur di dalam sebuah bilik hotel sejak dua tahun lalu.

“Saya berasa terkejut tentang keterbukaan dan kebebasan yang terdapat di pantai ini,” kata seorang pengunjung Pantai Pure, Mohammed Saleh.

Hanya satu yang dilarang iaitu minuman alkohol yang masih diharamkan di Arab Saudi. – Agensi

Perubahan pesat sosial di Arab Saudi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Warga London kekal pilih Sadiq Khan sebagai datuk bandar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker