Bekas kekasih Sajat selamat bernikah



Sebaran :


PETALING JAYA – Seorang jurulatih kesihatan yang sebelum ini pernah didakwa menjadi kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajat selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya.

Gambar majlis pernikahan Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Mohd Adanan telah dikongsi isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin di laman Instagramnya hari ini.

Menerusi perkongsian itu, majlis pernikahan pasangan tersebut telah berlangsung di sebuah kawasan di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.



Gambar di Instagram juga menunjukkan pasangan tersebut lengkap mengenakan busana sedondon berwarna putih.

Difahamkan kisah pasangan ini mula tular sejak tahun lalu akhirnya selamat bergelar suami isteri.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan berita pernikahan pasangan tersebut dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Coach Yin dan isterinya.



Pada masa sama, netizen turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Selain itu, mereka juga bersyukur kerana Coach Yin akhirnya kembali ke ‘pangkal jalan’ dan memilih wanita ‘tulen’ untuk dijadikan pasangan hidup.

Sebelum ini, Coach Yin ada berkongsi foto Azreen apabila menghadiahkan wanita itu seutas jam tangan.



Malah lelaki itu juga memberi bayangan akan mengahwini Azreen.

Lelaki itu juga sebelum ini menjadi perhatian ramai kerana pernah selepas dikatakan pernah menjadi kekasih kepada Nur Sajat, namun hubungan mereka berakhir sekitar Januari tahun lalu. K Online

PJ Gym Coach Allegedly Assaults Mamak Staff In Bandar Utama For Serving Him Bad Eggs


Sebaran :


Leave a Reply