Disangka bertunang, rupanya Farawahida bernikah kali kedua


Dalam diam penyanyi Farawahida telah selamat bernikah buat kali kedua dengan lelaki pilihannya di sebuah masjid di Taiping, Perak hari ini. Berita gembira tersebut dikongsi penyanyi itu sendiri menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, hari ini saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz . Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagiaan ini sampai ke Jannah. Amin,” tulisnya.

Terdahulu Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 36, mengejutkan banyak pihak apabila memuat naik sekeping gambar majlis pertunangan di akaun media sosialnya pada pagi Jumaat dengan kapsyen ringkas: “Tunang.”

Disebabkan gambar tersebut ramai yang membuat andaian, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu melangsungkan majlis pertunangan. Malah, menerusi gambar berkenaan Farawahida dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama seorang lelaki duduk di pelamin.

Sebelum ini Farawahida pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd. Zain pada 16 Disember 2013. Namun, sejak 2017 terdapat khabar angin yang mendakwa dia telah bercerai selepas dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.

Farawahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan tidak pernah mendedahkan perkahwinannya bersama Abdul Shukor telah berakhir. Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. K Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker