Dewi Perssik Bengang Dituduh Tak Mahu Hamil Sebab Jaga Body

Sebaran :


Penyanyi popular Indonesia, Dewi Perssik telah mendirikan rumah tangga dengan Angga Wijaya selema empat tahun.

Dewi yang masih belum memiliki zuriat itu mencetuskan pelbagai soalan dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga yang menuduhnya tidak mahu hamil kerana mahu mengekekalkan susuk tubuh sekarang.

Tidak mendiamkan diri, Dewi tampil memberi respon terhadap tuduhan tersebut.



Menurut Dewi, dia kesal kerana tuduhan sebegitu datangnya dari kaum hawa.

“Kalau seseorang wanita itu tidak melahirkan anak, itu bukan wanita ya?

“Adakah manusia dilahirkan hanya untuk berkembang biak seperti binatang ya?

“Lebih parah, yang menilai cakap saya takut badan rosak itu kebanyakannya sesama kaum hawa, yang sepatutnya membela sesama wanita,” tulisnya di Instagram.



Tambah Dewi, memiliki anak itu bukanlah semudah yang dibayangkan kerana ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam kehidupan.

“Memiliki cahaya mata bukanlah semudah yang dibayangkan, anak itu amanah, bukan boneka.

“Zaman kita makin maju, tapi banyak orang yang fikirannya masi di belakang,” tambahnya.

Netizen Terpesona Nenek 53 Tahun Persis Gadis Remaja


Sebaran :

Leave a Reply