Nadia Brian ‘kayu’, menangis tak menjadi


BOLEH tahan juga penangan drama berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri lakonan mantap Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Nadia Brian.

Cerita-cerita mistik dan ilmu hitam sebegitu memang dekat dalam kalangan orang kita, termasuk Diva sendiri. Rata-rata penonton memuji lakonan menjadi para pelakon, terutama Sakinah yang membawakan watak Laila dan Lana Nodin (Cik Embun).

Cuma apa yang tak sedapnya pula apabila ramai juga mengkritik tahap lakonan Nadia Brian yang didakwa masih ‘kayu’ dan tidak menjadi, lebih-lebih lagi semasa babak beremosi.

Daripada komen-komen netizen, ramai yang bising apabila babak menangis lakonan Nadia sebagai Raihani juga gagal kerana langsung tidak nampak air mata.

Menangis macam nak rak, tapi setitik pun air mata tak keluar. Menangis jenis apakah itu?

Mungkin Nadia kena berguru selepas ini dengan pelakon air mata, Wan Maimunah untuk membawakan watak yang memerlukan pengorbanan air mata sampai basah baju. K Online

Saya sendiri nampak Nadia Brian dengan lelaki dalam bilik hotel, dakwa suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker