Mak cik bawang! Tolong jaga anak sendiri- Haneesya Hanee


Meskipun sudah dua tahun pertandingan berakhir, bekas Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee masih dihambat kontroversi berkaitan kelab malam.

Melahirkan rasa kecewa, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, 21, menegaskan dia tidak pernah berkunjung ke mana-mana kelab malam selepas pertandingan berakhir seperti yang didakwa.

Perasaan kesal timbul selepas Haneesya mendedahkan masih ada segelintir netizen yang kerap memerlinya berkaitan isu tersebut dalam media sosial.

Malah, dia juga sudah penat dengan tuduhan tidak betul seperti itu.

“Di sini, saya hendak betulkan satu perkara, saya tidak pergi ke kelab malam selepas menang Dewi Remaja dua tahun lalu. Video pergi kelab tersebut dirakam dua bulan sebelum saya menang pertandingan.

“Sebelum anda masuk dalam media sosial saya cakap begini, tolong pastikan kesahihan fakta. Ini sudah jadi fitnah,” katanya dalam satu entri Instagram semalam.

Tidak menafikan khilaf sendiri, pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 32 itu mahu netizen berhenti mengungkit kisah silamnya.

“Betul aku salah tetapi kenapa hendak ungkit balik? Golongan beginilah punca orang nak jadi baik susah berubah,” ujarnya.

Pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu juga berharap agar tiada lagi salah faham berlaku terhadap isu kelab malam tersebut.

“Saya harap tiada lagi salah faham tentang kes ini dan jika tidak suka saya, sekat saja. Saya juga ingin jadi manusia yang lebih baik.

“Kepada ‘mak cik bawang’, tak perlu nak sindir saya. Lebih baik jaga anak anda, mungkin depan mak pakai tudung tetapi bila malam tudung pun hilang,” katanya lagi.

Untuk rekod, kemenangan Dewi Remaja ditarik balik daripada Haneesya kerana didapati melanggar kontrak susulan dakwaan mengatakan dia hadir ke sebuah pesta arak selepas pertandingan berakhir.

Dia juga turut menyerahkan semula kejuaraannya termasuk tiara kemenangan, trofi dan selempang Dewi Remaja. K Online

‘Tak sesuai gelar saya artis sendu’ – Haneesya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker