Engku Emran, kakak Neelofa dilamun cinta


Bekas suami Erra Fazira dan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella memberi bayangan tentang hubungan istimewa antara Engku Emran dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila selepas hampir dua minggu berteka-teki mengenai hubungan mereka.

Petunjuk tersebut dikongsi sendiri oleh Engku Emran menerusi akaun Instagramnya, @narmeukgne.

Dia memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Noor Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Dalam gambar yang dimuat naik itu turut memaparkan radio tersebut sedang memainkan lagu bertajuk By Your Side nyanyian Sade.

Menerusi entri tersebut juga Engku Emran dan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella itu turut menulis kapsyen romantis.

“Choppy until you came along (Sukar sampailah kau datang dalam hidupku),” tulisnya.

Bagaimanapun, duda anak satu itu bertindak menutup ruangan komen entri berkenaan.

Engku Emran juga dilihat tidak memadam foto-foto bersama Laudya dalam Instagramnya.

Sehingga kini, Engku Emran mahupun Noor Nabila belum lagi membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi hubungan mereka.

Noor Nabila mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Engku Emran mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya dan bercerai pada Jun 2020.

Perkahwinan kedua Engku Emran bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. MG

Laudya Cynthia Bella, Engku Emran bercerai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker