Zizi Kirana Tak Kisah Jumpa Jodoh Melalui Taaruf


Usianya kini sudah mencecah 36 tahun, penyanyi Zizi Kirana mendeedahkan ada menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.

Zizi berkata dia mula menerima pelawaan itu sejak tahun lalu dan menyifatkan konsep mencari jodoh sebegitu bukan masalah besar baginya.

“Sebenarnya saya sendiri memang sudah tahu mengenai taaruf ini, namun tak sangka pula ada yang mempelawa saya melakukannya. Saya mendapat mesej daripada beberapa lelaki yang mahu mengenai saya lebih rapat menerusi taaruf.

“Tidak dinafikan, ada risikonya juga taaruf ini apabila kita langsung tak pernah berjumpa dengan individu itu. Maka, kita tak tahu pun bagaimana keperibadian sebenarnya dan akan memberi kesan kalau berkahwin nanti,” katanya.



Kata Zizi lagi, dia melihat taaruf masih diamalkan oleh ramai orang namun konsep tersebut dilihat agak asing bagi sesetengah masyarakat.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia tidak kisah seandainya suatu hari nanti bertemu jodoh menerusi kaedah taaruf.

“Saya tidak menolak bahawa ini adalah perkara baik dalam Islam kerana ia tidak membabitkan ‘dating’. Saya juga akui saya tidak menolak sekiranya ada yang benar-benar jujur untuk bertaaruf dengan saya, kerana pada usia ini saya bersedia untuk apa saja,” katanya.

Sabar, saya akan buang gambar seksi satu persatu – Zizi Kirana



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker