Ratu rock Ella kehilangan orang tersayang


Ibu kepada ratu rock negara Ella Aminuddin iaitu Yang Asmah Long telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.

Berita itu dikongsi menerusi Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik oleh pentadbir (admin) akaun tersebut.

“Salam dan sejahtera . Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut menghulurkan ucapan takziah.

“@alifsatar: Innalillahiwainnailayhirojiuun… Salam takziaah buat akak sekeluarga. Semoga r0h arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

“@nouruldepp: Innalillah… Al-fatihah. Salam takziah.

“@elizadsharifuddin: Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kak Ella dan keluarga . Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

“@zahidarafik: Al-fatihah.. Salam takziah buat Ella dan keluarga, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” antara yang ditulis.

Uapan takziah juga daripada warga Gempak untuk keluarga Ella Aminuddin, moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Gempak

The Rock terima pendapatan RM4juta bagi setiap hantaran di Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker