Demi cinta, wanita serah wang simpanan ibu RM418,400 kepada kekasih

KUANTAN: Keterujaan seorang penganggur untuk menerima hadiah wang 18,000 Euro (RM89,700) daripada kenalannya dari Perancis membawa padah apabila dia kerugian RM418,400 selepas tertipu dengan Love Scam.

Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah daripada hasil simpanan gaji ibu pengadu yang juga seorang guru.

Kejadian bermula pada 22 Disember tahun lalu apabila mangsa berusia 28 tahun menerima satu pesanan menerusi Aplikasi Cintaku daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Khalish.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki itu mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan dan menetap di Perancis dan mahu berkenaan dengan mangsa.

Menurutnya, selepas lima hari perkenalan lelaki berkenaan memaklumkan mahu mengirimkan wang sebagai hadiah dan meminta mangsa memberikan akaun bank bagi tujuan pemindahan.

“Mangsa kemudian memberikan nombor akaun dan suspek menghantar gambar cek berjumlah 18,000 euro atas nama mangsa.

“Pada 27 Disember lalu, jam 7.37 pagi mangsa telah menerima satu pesanan menerusi emel memaklumkan wang itu akan diterima berjumlah RM89,700 namun mangsa perlu membuat pembayaran berjumlah RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasal dari Jerantut itu terus membuat pembayaran seperti diminta pada hari sama.

Beliau berkata, selepas itu suspek sering meminta wang untuk tujuan pemprosesan bagi menghantar hadiah itu.

“Justeru, mangsa telah membuat 44 transaksi membabitkan kerugian RM418,400 dalam sembilan akaun bank bermula 27 Disember tahun lalu sehingga 19 Februari lalu,” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut setelah merasakan dirinya tertipu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau berkata, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah memperdaya kenalan di aplikasi Cintaku sehingga menyebabkan kerugian.

Biri-biri RM1.8 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker