Ahli Parlimen Julau bertindak ‘bijak’ keluar PKR

KUCHING: Seorang Ahli Parlimen PPBM berpendapat tindakan Larry Sng keluar PKR dan menyokong Perikatan Nasional (PN) pilihan tepat, kerana ahli politik yang mementingkan rakyat perlu melihat parti mana yang sentiasa memberi sokongan kepada wakil-wakilnya.

Membandingkan Pakatan Harapan (PH) dengan PN, bekas wakil rakyat PKR itu pada sidang media hari ini berkata Ahli Parlimen pemerintah hanya diberi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tahun pertama untuk pembangunan prasarana di kawasan mereka ketika pentadbiran PH.

“Semasa PN pula, RM2.5 juta,” kata Willie Mongin kepada FMT selepas sidang media itu.



Terdahulu, Willie ketika mengulas keputusan Larry berkata setiap ahli politik mesti bijak memilih parti yang mampu mengutamakan rakyat.

Larry Sng letak jawatan pengerusi PKR Sarawak [Kemaskini]

“Saya akui setiap kerajaan mempunyai kelemahan dan kelebihannya sendiri, tetapi daripada apa yang saya lalui dibawah kerajaan PN, mereka amat prihatin terhadap pembangunan yang dapat dimanfaatkan oleh rakyatnya,” katanya.



Beliau menambah banyak projek yang dibatalkan pentadbiran PH diaktifkan semula oleh pentadbiran semasa.

“Terbukti kerajaan kini tidak mengetepikan pembangunan di Sarawak,” kata Ahli Parlimen Puncak Borneo itu.

PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker