Zarina Anjoulie Akui Dah Merujuk Semula Dengan Bekas Suami

Selepas gambar menerima jambangan bunga pagi tadi tular, selebriti yang terkenal dengan kisah sensasi, Zarina Anjoulie mengakui bahawa dirinya dan bekas suami sudah pun rujuk semula.

Hal ini dimaklumkan sendiri Anju di ruangan Intagramnya selepas beberapa jam memuat naik gambar menerima bunga dan menulis kapsyen memberi bayangan sedang berada dalam keadaan bahagia.

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie, 34, mengakui sudah rujuk semula dengan bekas suami, Eilyas Azhar.

Zarina, menerusi hantaran di Instagram meminta agar wanita-wanita berhenti menghantar mesej kepada suaminya.

Akui dah rujuk semula

Menerusi posting yang dibuat, pelakon drama Anak Pontianak ini meminta agar para wanita berhenti meninggalkan mesej kepada bekas suaminya yang dikenali sebagai  Eilyas Azhar kerana mereka kini kembali bergelar suami isteri.

Posting sudah dipadam

Dalam IG story selebriti itu juga memperlihatkan suaminya yang dikenali sebagai Yas sedang bersamanya membantu menghantar kereta di sebuah bengkel.

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut telah dipadam oleh Anju setelah beberapa minit dimuat naik ke Instagram.

Hanya gambar menerima jambangan bunga sahaja yang masih ada dan posting tersebut terus dihujani dengan kata-kata positif mendoakan agar hubungan dia dan suami kembali seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan perkara itu sudah dipadamkan oleh Zarina selepas beberapa minit dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Story pula Zarina turut memuat naik video memaparkan Yas sedang bersamanya membantu menghantar kereta di sebuah bengkel.

[VIDEO] Alhamdulillah.. Aku Dah Cerai Best Day Of My Life – Zarina Anjoulie

Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia dan Eilyas yang dikahwini pada 17 Julai tahun lalu sudah bercerai.

Urusan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 10 Februari lalu berjalan lancar.

Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra

Sumber: Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker