ADAKAH TIMBALAN MENTERI SAHAJA LAYAK JADI IBUBAPA BERTANGGUNGJAWAB. RAKYAT BIASA TIDAK? – Puad Zakarshi

Rakyat memang pelik bagaimana permohonan cuti panjang 55 hari untuk seorang Timbalan Menteri boleh lulus? Amat luar biasa kerana alasannya ialah untuk bersama keluarga yang duduk di luar negara.

Kesian frontliners yang permohonan cuti mereka tidak lulus. Habis tinggi mereka pohon dua-tiga hari sahaja untuk melawat anak dan isteri di luar daerah.

YB Dr Santhara bagi alasan, dia mohon cuti dan kelulusan rentas sempadan ke New Zealand kerana mahu menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.



Apakah rakyat biasa yang dilarang melakukan rentas daerah/negeri untuk melawat keluarga mereka dianggap ibu bapa tidak bertanggung

jawab? Mereka bukan mohon rentas negara.

Seorang YB perlu kerap berada di kawasan. Apatah lagi dimusim pandemik dan musim banjir. Segamat pun tidak kurang terkesan. Cuti dua minggu tidak cukup ke?

Masa BN, cuti Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan di musim banjir. Najib batalkan percutiannya dan terus ke Kelantan yang dilanda banjir besar tahun 2014.



Apakah jawatan Timbalan Menteri Wilayah tidak penting? Makin berleluasa amalan dua darjat di negara kita.

Datuk Dr. Puad Zakarshi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

 



Najib pilihan PM ke-9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker