Muhyiddin sertai solat hajat dengan 500 jemaah sempena setahun PN mentadbir

 

PUTRAJAYA: Lebih 500 jemaah, termasuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet menyertai solat hajat perdana sempena setahun pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Masjid Putra Putrajaya.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) itu dihadiri ramai pemimpin parti, termasuk daripada PAS, Umno dan PPBM.

Antara anggota menteri yang hadir ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin, Menteri Kanan (Ekonomi), Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Latiff Ahmad, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Tolong Jangan Jual Karipap Inti Oksigen

Tidak terkecuali Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat yang diimankan Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi, diikuti bacaan Yasin, tahlil dan diakhiri solat Isyak serta doa selamat.

Solat hajat serentak pada Jumaat selepas Zohor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker