M Daud Kilau Makin Sihat

BAGAN DATUK: Keadaan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 83, semakin pulih selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pada November, tahun lalu.

Sebelum itu, penyanyi lagu Sirih Pinang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) selepas mengadu sesak nafas.

Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 50, berkata, bapanya sudah tidak mengalami sesak nafas selepas tiga salur darahnya dimasukkan alat sten dalam pembedahan berkenaan.

“Keadaan kesihatan ayah semakin baik selepas menjalani pembedahan. Beliau juga sudah tidak sesak nafas dan tercungap-cungap lagi.

 

Datuk M Daud Kilau ditemani isterinya, Datin Rohani Awang Ngah ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada November, tahun lalu.
Datuk M Daud Kilau ditemani isterinya, Datin Rohani Awang Ngah ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada November, tahun lalu.

“Kalau Nak Jadi Pengganti Saya, Silalah Datang Jumpa Saya” – Datuk M.Daud Kilau cari pengganti Raja Gelek

Menurutnya, bapanya kini banyak menghabiskan masa dengan berehat dan beribadah di rumah.

“Ayah lebih suka berehat di rumah selepas menjalani pembedahan, apatah dalam situasi pandemik COVID-19,” katanya.

M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau yang turut dikenali dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi berdepan masalah kesihatan, sejak lima tahun lalu.

Beliau yang mempunyai penyakit kencing manis kini tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang sakit, selain jantung tidak stabil dan kurang daya pendengaran.-BH

Zahid ziarah M. Daud Kilau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker