[VIDEO] Bas ekspres bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol

Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (MAEPS 2.0).

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.

VIDEO DIBAWAH:-

Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.

Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

Difahamkan, bas berkenaan membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi dan dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari ini.

 

 

 

Dua kenderaan terbalik di Plaza Tol Setia Alam [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker