Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil

Tiga permintaan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz bagi membolehkan beliau menghadapi Tribunal Lembaga Disiplin parti dengan lebih adil, telah ditolak.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, beliau berkata, tiga permintaan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada rakan, pengamal undang-undang serta veteran UMNO, yang bimbang Lembaga Disiplin tidak boleh berlaku adil.

Jelasnya lagi, pernah berlaku dalam kes-kes yang dibawa ke Lembaga Disiplin sebelum ini melibatkan pesalah kes politik wang semasa pemilihan parti, bagi kes yang hampir sama, hukumannya berbeza mengikut individu.

“Bagi individu biasa, mereka dikenakan hukuman gantung, tapi bagi individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan, mereka hanya diberikan amaran. Begitu juga kes yang melibatkan Datuk Lokman Adam. Sampai sekarang masih ada bunyi-bunyi berkaitan ketelusan dan keadilan mengenainya.

Pada 25 Februari lepas, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa itu telah memohon tiga perkara iaitu beliau mahu senarai nama anggota tribunal, iaitu pengerusi dan anggota-anggotanya.

Selain itu Tun Faisal mahu tahu identiti pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan serta butiran aduan asal didakwa telah beliau langgar.

Permohonan ketiga pula ialah kebenaran untuk beliau membawa dua pengamal undang-undang untuk hadir sama dan bertindak sebagai pemerhati serta penasihat.

Bagaimanapun, Tun Faisal berkata, beliau telah mendapat surat maklum balas daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO Malaysia Tan Sri Zul Hasnan Rafique, yang memaklumkan ketiga-tiga permohonan itu ditolak, tanpa disertakan alasan penolakan.

“Apabila permintaan ini ditolak, bagi saya, ini adalah ‘missed opportunity‘ (peluang yang disia-siakan) bagi Lembaga Disiplin untuk menunjukkan bahawa mereka telus, benar-benar terbuka dan benar-benar mahu mencari kebenaran.

“Tiga permintaan ini saya buat selepas Sekretariat Lembaga Disiplin menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka mahu memberi seluas-luas ruang kepada saya untuk membela diri,” katanya lagi.

Tun Faisal berkata, jika ketiga-tiga permintaan itu dipenuhi, tanggapan terhadap Lembaga Disiplin UMNO akan menjadi lebih positif, dan Lembaga Disiplin UMNO dan UMNO sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus.

Jelasnya lagi, beliau telah menghantar surat permohonan sekali lagi kepada Zul Hasnan agar dipertimbangkan ketiga-tiga permohonan tersebut.-Awani

Tun Faisal akan jawab dan berdepan Lembaga Disiplin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker