[VIDEO] Pelakon Shaolin Soccer meninggal dunia… Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi

Stephen Chow Sing Chi itu seorang pelakon legenda, dan sentiasa menjadi kegilaan penggemar filem Hong Kong di negara ini.

Tetapi dalam kebanyakan filem beliau yang menjadi ‘hit’, akan sentiasa ada ‘sidekick’nya yang turut dianggap legenda – Ng Man Tat.

Awal hari ini portal hiburan Hong Kong, Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa di hospital akibat barah hati.

“Baru-baru ini ramai rakan-rakan rapat menziarahi beliau, dan Ng selalu beritahu kepada mereka kesakitan yang sedang ditanggung amat perit. Ketika itu beliau sudah memgambil morfin setiap empat jam sekali untuk menahan kesakitan, tetapi ia sudah tidak berkesan,” kata aktor Tin Kai-man kepada media tempatan.

Chow, Ng, dan Tin masing-masing pernah berganding bahu membintangi filem yang sama iaitu Shaolin Soccer.

Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa akibat barah hati.

Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa akibat barah hati.
SEDUTAN LAKONAN MENDIANG
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/4EDqScPO/pelakon-filem-hong-kong-ng-man-tat_hd.mp4[/KGVID]

Dalam filem tersebut, Chow membawa watak sebagai ‘Mighty Steel Leg Sing,’ Ng sebagai ‘Golden Leg Fung,’ dan Tin sebagai ‘Iron Shirt’.

Generasi rakyat Malaysia yang lahir pada era 80-an juga pasti tidak akan lupa filem Fight Back To School, yang turut dibintangi Chow dan Ng.

Dalam pada itu, Tin dilaporkan sebagai berkata, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pada awalnya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media bagi membolehkan Ng menjalani rawatan dengan tenang.

“Sewaktu pemeriksaan, kami mendapat tahu beliau sebenarnya mempunyai tumor. Dua bulan lepas beliau kembali ke Hong Kong dari Macau untuk menjalani pembedahan dan kemoterapi. Selama ini Ng berada di hospital,” katanya lagi.

Portal Today Singapore melaporkan Chow merupakan antara mereka yang terawal berjumpa dengan Ng sejurus mengetahui rakan baiknya berada dalam kesakitan.

Biarpun hubungan mereka dilaporkan tidak berapa baik dalam tempoh kebelakangan ini, itu sama sekali tidak menghalang Chow untuk terus menunjukkan sayang dan sikap ambil beratnya kepada rakan-rakan seperjuangan, terutama sekali untuk Ng-Awani

Selamat tinggal, Ng Man Tat (1951-2021).

Ahli perniagaan Hong Kong jadi pemegang saham penting AirAsia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker