Inovasi Suami, Isteri.. “Mereka Pun Orang Islam” – Kenali Pencipta Vaksin Pfizer-BioNTech Berasal Dari Turki Ini

Di sebalik kisah vaksin yang mendapat perhatian di seluruh dunia ketika ini, mungkin ramai yang tidak mengetahui ia dihasilkan syarikat milik suami isteri, Dr Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Dr Ozlem Turci.

Umum sedia maklum, kumpulan pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia baru-baru ini dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menjadi menerima suntikan vaksin itu

Tapi tahukah anda siapakah individu yang mencipta vaksin Pfizer-BioNTech ini sehingga memberikan manfaat kepada manusia di seluruh dunia.

Menurut sumber, pencipta kepada vaksin ini merupakan pasangan suami isteri Muslim dan mereka berdua ialah Dr Ugur Sahin, 55, dan Dr Ozlem Turci, 53.

Ia menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia kerana vaksin keluaran syarikat pasangan itu kini mendapat permintaan global.

Muslimmirror.com melaporkan ibu bapa Dr Sahin berpindah ke Cologne, Jerman ketika dia berusia empat tahun.

Vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’.

Dr Sahin beragama Islam dan berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana.

Dia berkahwin dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Turci, juga seorang Islam berketurunan Turki.

Syarikat mereka memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan dan pemulihan imuniti ke atas pesakit barah dan penyakit berjangkit. Mereka mempunyai 1,800 pekerja dan telah menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia.

Kelebihan kepakaran bidang ini telah membawa fahaman yang mendalam berkenaan imuniti manusia, benteng utama dan penentu kemampuan melawan virus dan penyakit di dalam badan.

Pfizer telah membuat pelaburan besar ke dalam syarikat BioNTech, termasuk kemudahan ujikaji dan pengkomersilan.

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via BBC

Mereka merupakan pasangan saintis berjaya dan berstatus bilionaire sebelum virus Covid-19 muncul lagi

Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebii RM20 billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan mengayuh basikal ke makmal tempat kerja.

Menariknya, vaksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman sebelum amalan itu ditiru di British. Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.

“Alfred Bourla sebagai Ketua Pfizer berasal dari Greece manakala saya berasal dari Turki. Ia suatu yang amat peribadi kepada saya.

“Namun, Bourla sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan kerjasama ini berjaya termasuk sebelum pandemik ini melanda,” kata Dr Sahin

Kini, pencapaian mereka menjadi kebanggaan penduduk Jerman yang menganggap penemuan mereka satu kejayaan besar buat negara Eropah itu.

Dr Sahin (kiri) dan Dr Turci (kanan) merupakan saintis Muslim dan juga pasangan suami isteri.

Dr Sahin (kiri) dan Dr Turci (kanan) merupakan saintis Muslim dan juga pasangan suami isteri.

Image via InfoMigrants

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker