Ahli perniagaan didenda RM8,000 hantar gambar lucah kepada wanita

Keputusan Mahkamah

24/02/2021 04:33 PM

BUTTERWORTH, 24 Feb — Seorang ahli perniagaan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan menghantar gambar lucah kepada seorang wanita, empat tahun lalu.

Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Chang Yoon Siong, 31, dari Puchong, Selangor yang mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didenda RM1,600 bagi setiap pertuduhan.

Menurut kesemua pertuduhan terbabit, lelaki itu didakwa menghantar gambar lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berusia 46 tahun dengan niat hendak menyakitkan hati wanita tersebut pada 8 Jan 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber :- BERNAMA

Pemandu Myvi dipenjara 6 tahun dan denda RM8,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker