Uqasha pakai baju pengantin dapat perhatian


Pelakon Uqasha Senrose menarik perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar memperagakan busana pengantin di dalam Instagramnya sekali gus mencetuskan teka-teki sama ada dia bakal bernikah dalam masa terdekat.

Pemilik nama sebenar Nik Za­ris Uqasha Nik Sen, 28, itu dilihat memperagakan gaun pengantin berwarna putih hasil sentuhan pereka Shanell Harun lengkap dengan perhiasan barangan kemas bernilai jutaan ringgit tajaan sebuah syarikat tempatan.

“Oh my god, Uqasha cantik­nya kamu. #roadtohalal Ya Allah sudah boleh bayangkan betapa cantiknya Uqasha di atas pe­lamin nanti.”

Itu antara komen yang ditinggalkan peminat pada gambar dan video yang dimuat naik sejak Jumaat lalu.

Rata-rata peminat juga membuat spekulasi semua perkongsian itu sebagai momen gambar praperkahwinan Uqasha.

Menerusi status pada beberapa gambar yang dikongsi, tunang kepada pelakon Kamal Adli itu tampil menjelaskan dia telah dipilih untuk menjadi muse (wajah) bagi koleksi Gabrielle 2021.

“Semestinya saya berasa gembira kerana menjadi individu pertama yang memperagakan koleksi cantik daripada pereka Shanell Harun.

“Saya berasa selesa dengan potongan dan perincian yang digunakan sesuai dengan jiwa saya,” ujar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu.

Rata-rata peminat Uqasha juga dilihat begitu teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut yang disifatkan persis anak patung.

Tidak terkecuali, Kamal Adli turut meninggalkan usikan nakal mengenai kecantikan tunangnya apabila dihias umpama pengantin baharu.

Sementara itu, Shanell Harun memberitahu, pemilihan Uqasha sebagai muse dianggap tepat dan terbaik.

“Saya cuba mencari kelainan menerusi rekaan ini dan Uqasha adalah selebriti yang sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021,” ujarnya.

Kosmo! pada Disember lalu melaporkan mengenai pendedahan Kamal Adli yang memberitahu merancang hendak memperis­terikan kakak Nelydia Senrose itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebelum ini, pasangan Kamal Adli membuat kejutan melamar Uqasha secara langsung pada malam Anugerah MeleTOP ERA 2020 yang diadakan pada Disember lalu.

Uqasha mula digosipkan bercinta dengan Kamal Adli selepas mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaz­nya Akad arahan Michael Ang. K Online

Nama Kamal Adli trending dalam Twitter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker