Langgar SOP, Shuib dan Sarah minta maaf


Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib memohon maaf selepas dia dan empat individu lain termasuk isterinya Siti Sarah dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah restoran di Lipis, Pahang semalam.

Dalam kejadian tersebut kesemua mereka dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 selepas didapati melanggar SOP makan melebihi dua orang untuk satu meja.

Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad, 37, berjanji untuk memastikan kejadian serupa tidak akan berulang lagi.

“Minta maaf sekarang keadaan tidak mengizinkan untuk ditemu ramah.

“Saya juga meminta maaf atas apa yang berlaku semalam dan berjanji kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi,” jawabnya ringkas kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa mereka singgah di sebuah restoran untuk makan malam ketika dalam perjalanan menuju ke Kelantan untuk pembukaan dua cawangan terbaharu kedai minuman BubbleBee di Kubang Kerian dan Kota Bharu hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan dua selebriti tanah air iaitu Shuib dan Siti Sarah dikenakan kompaun selepas didapati melanggar SOP ketika makan di sebuah restoran.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor, pasangan itu dan dua yang lain dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan.

Kompaun berkenaan juga dikeluarkan bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. K Online

Aksi lucah, Shuib mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker