COVID-19: Bomba Johor terjejas, lapan anggota positif, 176 dikuarantin

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor juga tidak terkecuali dan terjejas dengan pandemik apabila lapan anggotanya disahkan positif COVID-19 manakala 176 anggota menjalani perintah kuarantin sehingga 31 Jan lepas.

Pengarah JBPM Negeri Johor Datuk Yahaya Madis berkata sebanyak empat balai bomba di negeri Johor turut terjejas dan anggota terpaksa dijajarkan ke balai bomba berhampiran.

“Bantuan dari balai bomba berhampiran digerakkan bagi memastikan balai bomba dan penyelamat berkenaan boleh beroperasi untuk kepentingan rakyat,” kata beliau dalam Ucapan Perutusan Awal Tahun 2021 yang disiarkan menerusi FB JBPM Johor hari ini.

Selain itu, beliau berkata JBPM Johor telah direkodkan sebagai negeri kedua tertinggi dalam melaksanakan operasi sanitasi awam di Malaysia selepas Sabah.

“JBPM Johor telah merekodkan sebanyak 2,552 operasi sanitasi membabitkan 1,015 bangunan kerajaan, 214 rumah ibadat, 541 tempat awam dan 782 lain-lain lokaliti seperti yang dipohon oleh pusat kesihatan daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan juga negeri,” katanya.

— BERNAMA

Hampir 24 jam padam kebakaran pasar raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker