Covid-19: Jangan jadi ‘pi mai pi mai tang tu’, kata Cleopatra


Kelonggaran yang diberikan kerajaan ketika ini tidak bermaksud rakyat bebas melakukan aktiviti harian tanpa menitik beratkan norma baharu.

Ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shahruddin atau Cleopatra berkata, orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk kekal di kediaman masing-masing jika tidak mempunyai urusan penting di luar.

Katanya, ia bukan sahaja untuk kepentingan kesihatan individu malah mampu melandaikan lengkung Covid-19 yang semakin membimbangkan saban hari.

“Saya harap walau kita dibenarkan buat aktiviti bersukan, try not to. Walau pun kita dibenarkan dine in, try not to. Sekiranya kita tidak berprinsip, sampai bila pandemik akan berakhir, sudah jadi pi mai pi Mai tang tu.

“Jika tidak kisahkan tentang orang lain, kisah lah diri kita dahulu. Protect diri kita dahulu dan apabila semua protect diri masing-masing, secara tidak sengaja seluruh Malaysia terpelihara,” katanya di laman Instagram.

Terdahulu, Cleopatra mengakui sedikit ‘rindu’ untuk kembali ke padang golf selepas sekian lama tidak berbuat demikian.

Namun, Cleopatra terpaksa melupakan hasrat itu selepas memikirkan keselamatan diri susulan pandemik Covid-19 yang masih ditahap membimbangkan.

Sebelum ini, Cleopatra mula dikenali ramai sejak fotonya bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pejabat bekas Menteri Belia dan Sukan itu tular di media sosial.

Selain itu, Cleopatra juga dikenali dengan sikapnya yang lantang mengutarakan isu semasa termasuk politik di laman media sosial. MM

“Masak Megi jela halahhh” – Tunjuk Skill Memasak Tapi NETIZEN Perasan Perkara Lain [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker