Gambar anak Diana Amir digunakan ‘scammer’ untuk minta duit, ramai dah kena tipu


SEJAK akhir-akhir ini, terlalu banyak aktiviti penipuan ‘scam’ yang dilaporkan di media sehingga ada yang kerugian melibatkan jutaan ringgit.

Penipu akan menggunakan pelbagai helah untuk mengambil duit mangsa sama ada menyamar sebagai pihak berkuasa atau ahli keluarga terdekat.

Terbaharu, pelakon, Diana Amir memberitahu yang gambar anaknya telah tular di laman sosial dengan tujuan untuk mendapatkan sumbangan.

Diana memberitahu yang dia mula tahu berkenaan perkara tersebut selepas diberitahu oleh seorang pengguna Twitter.

“Gambar yang digunakan itu masa anak umur 2 tahun dan sekarang dia sudah berusia 4 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat.

“Gambar dia di hospital itu masa umur dia 2 tahun dan sebab jatuh terhantuk kepala dan dirawat di hospital.

“Gambar itu yang digunakan penipua untuk minta duit. Katanya ramai yang dah tertipu,” kata Diana.

Menerusi perkongsian yang dibuat @myraakhalid di akaun Twitter miliknya, penipu itu gambar itu ialah anaknya yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan sumbangan bagi menampung kos rawatan.

Sementara itu, Diana turut meminta supaya sesiapa sahaja supaya tidak terpedaya dengan helah penipu tersebut.

“Doakan keluarga dan anak-anak saya sihat. Sesuka hati sahaja nak cakap anak saya ada penyakit kronik,” jelasnya. SM

Leave a Reply