Sasi The Don masih aktif


Lebih dua dekad menceburi dunia seni, penyanyi Sasi The Don belum mahu menyerah kalah.

Mungkin ada pihak menganggap dirinya ‘tenggelam timbul’, namun, diam tak diam, Sasi bakal melancarkan album keenam berjudul My Second Wave, bulan depan.

Ketika ini, Sasi giat mempromosikan single ketiga ciptaannya berjudul Humpty Dumpty yang menampilkan ELi.

Apa yang menarik, single ini menyentuh impak pandemik COVID-19 terhadap setiap insan.



“Saya dapat ilham mencipta lagu ini apabila menyedari ramai orang diburu rasa negatif dalam hidup, kerjaya dan persekitaran selepas pandemik COVID-19 menyerang.

“Ada yang mula merasakan dunia sudah sampai ke pengakhiran. Tapi, ramai gagal melihat semua dalam skop lebih besar.

“Saya ambil semua elemen ini dan hasilkan lagu dengan inspirasi dan positif.

“Jika seseorang berani mengatasi situasi normal baharu ini, banyak lagi yang kita boleh capai,” katanya kepada BH Online.



Tiga tahun lalu, Sasi tampil dengan single pertama daripada album berkenaan, ABCD, iaitu hasil kolaborasi bersama penyanyi popular dari India, Anuradha Sriram.

Single kedua Daddy Don pula dipromosikan tahun lalu.

Selain menyanyi, Sasi yang memiliki kelayakan dalam bidang kejuruteraan, bekerja dengan sebuah syarikat swasta.

“Kerjaya dalam bidang pengiklanan dan pemasaran serta muzik menjadi keutamaan saya… Semuanya bergerak seiring,” katanya. BH



Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker